Mesti ramai tertanya-tanya apa syarat kelayakan minimum pembelian kereta perodua myvi, axia, bezza dan alza. Berikut adalah syarat-syarat yang anda harus ikuti bagi memudahkan pinjaman untuk pembelian kereta perodua idaman tuan:

 

1 – LESEN

2 – GAJI

2A – CIMB BANK
2B – PUBLIC BANK & AMBANK
2C – MAYBANK DAN BANK RAKYAT

3 – PENJAMIN ATAU GUARANTOR

4 – BANK STATEMENT / EPF / KWSP

5 – SKIM GRADUAN

 

1 – LESEN

Lesen adalah syarat kelayakan minimum/wajib untuk pembelian kereta di semua bank, tapi di Ambank dan Bank Rakyat BOLEH jika tiada lesen untuk dapatkan loan dengan syarat gaji basic adalah RM3000 dan ke atas.

 

2 – GAJI

Gaji minimum adalah mengikut bank yang tuan ingin apply loan, setiap bank mempunyai syarat kelayakan yang  berbeza mengikut guideline mereka. Berikut adalah syarat kelayakan loan mengikut bank:

 

2A – CIMB BANK

Gaji basic sekurang-kurangnya RM1200 dan hendak lah gaji bersih ( total gaji  basic +  OT + Elaun) sekurang-kurangnya RM1600 untuk kereta AXIA, RM1800 untuk kereta MYVI 1.3, RM2000 untuk kereta BEZZA dan MYVI 1.5 serta RM2200 untuk kereta ALZA. Gaji bersih yang saya nyatakan diatas adalah tanpa komitmen lain seperti Asb Loan, Personal Loan, Loan Kereta atau Loan Rumah.

 

2B – PUBLIC BANK & AMBANK

Bagi Public Bank dan Ambank, Gaji Basic mesti lah RM3000 keatas untuk semua model.

 

2C – MAYBANK DAN BANK RAKYAT

Gaji Basic hendaklan RM2800 keatas untuk semua model kereta perodua.

 

3 – PENJAMIN ATAU GUARANTOR

Jika gaji tuan kurang dari gaji minimum dari syarat kelayakan minimum pembelian kereta perodua, maka penjamin atau guarantor diperlukan untuk support permohonan pinjaman kereta tuan. Syarat-syarat penjamin mestilah ibu atau bapa atau pasangan  (suami / isteri) yang bekerja dan gaji penjamin atau guarantor hendaklah RM2000 dan ke atas.

 

4 – BANK STATEMENT / EPF/ KWSP

Kenapa perlu bank statement atau epf semasa apply loan? Ini kerana pihak bank perlu bukti yang customer ada income setiap bulan, untuk bayar semula pinjaman yg diberikan.

 

5 – SKIM GRADUAN
Ini khusus graduan yang baru habis belajar atau dah lama, janji tidak melebihi umur 30 tahun, baru bekerja sehari juga boleh dengan menyertakan offer letter yg diberikan oleh company, dekat offer letter mestilah tertera gaji yg akan diterima oleh customer, skim graduan wajib ade lessen memandu yang sah, hanya perlu bagi ic, lesen memandu, offer letter dan diploma atau degree (transkrip pon boleh).

 

Jika anda ada IC, LESEN, SLIP GAJI 3 BULAN, BANK STATEMENT 3 BULAN ATAU EPF dan gaji anda seperti kelayakan diatas adalah lebih memudahkan saya untuk membantu anda memproses loan kereta idaman anda.

> Gaji cash ada epf LAYAK
> Baru bekerja sehari pun LAYAK
> CTOS juga LAYAK
> Gaji sekurang-kurangnya 1600 LAYAK
> Gaji melalui cheque LAYAK
> Tiada lesen tapi gaji kasar adalah lebih dari RM3000 juga LAYAK

 

Jika anda ada masalah dan pertanyaan tentang syarat kelayakan minimum pembelian kereta perodua ini, anda dinasihatkan untuk call saya (Dzulkarnain +6011 3255 9900) untuk saya bagi cadangan lain.

 

Nota: Ccris, Blacklist, AKPK adalah tidak layak. Credit: Pro Sales Perodua

 

Ingin tahu tentang penjagaan kereta, baca di sini:  TIPS PENJAGAAN KERETA BAHARU